PAGI
itu masa aku sampai, semua rakan sekerja sudah ada. Yang tidak kelihatan hanya
Hilda sahaja. Malas nak tanya apa-apa. Sakit hati pasal semalam masih terasa. Mudahnya
seseorang itu menghukum hanya melihat luaran saja. Tapi nak diapakan lagi kalau
itu sudah sifat semula jadi manusia.
“Hilda cuti ke hari ni?” soal Encik
Suffian di tempat duduknya.
“Hmm, ada hal katanya,” jawab Kak
Ha. Bagus, aman dunia. Tengok muka Hilda pun aku rasa semak. Manjang cari salah
aku. Manjang aku tak betul.
“Boleh akak tahu, bos bawa Azian ke
mana semalam?” soal Kak Ha.
“Saya tolong bos pasal projek Bukit
Cendana,” jawabku tenang. Jawapan yang Encik Hazrul sudah sediakan untuk aku
kalau ada yang bertanya kenapa kami selalu kelihatan bersama.
“Oh, setahu akak projek Bukit
Cendana tu memang tidak diluluskan tapi kenapa…” soalan Kak Ha mati di situ
saja. Dia pandang aku. Pandangan penuh tanda tanya.
“Kak Ha, projek Bukit Cendana tu
sebenarnya projek personal bos. Dia teruskan jugak projek tu walau tidak
diluluskan. Setahu saya bos keluarkan modal sendiri,” jelas Encik Hambali.
“Masalah sekarang ni, kenapa bos nak
sangat projek tu? Cuma pasal tanah untuk penternakan lembu sajakan?” soal Kak
Ha lagi.
Dalam hal ini, aku tidak tahu
apa-apa sebenarnya. Jadi aku hanya dengarkan saja perbualan mereka.
“Rasanya bos ada projek dia
sendiri,” jawab Encik Hambali dan Kak Ha angguk.
“Maknanya dia mahu Azian ikut
dialah?” Kak Huda pula bertanya.
“Mungkin sebab dia baru dan dia tak
tahu apa-apa. Kalau terjadi sesuatu hal yang tidak diingini, mungkin syarikat
boleh tendang dia sebab dia masih peringkat percubaan. Kalau nak tendang kita,
kena bayar pampasan,” beritahu Encik Suffian.
Tersirap juga darah mendengar
perbualan mereka. Maknanya Encik Hazrul mahu jadikan aku sebagai kambing hitam?
Padanlah dia baik semacam. Rupanya di dalam dunia ini tak ada makna baik tanpa
sebarang sebab. Ada agenda tertentu rupanya.
“Azian jangan bimbang, mungkin bos
nak minta tolong saja. Tak ada apa-apalah…” Kak Ha seperti mahu menyedapkan
hatiku. Kak Ha fikir mungkin aku berdiam diri kerana takut. Serius, memang aku
takut.
“Kalau fikir logik pun, bos tak kan
bertindak sendirian. Bos pun akan fikir kepentingan dia sama. Nasiblah dia tak
pilih saya…” Encik Suffian menambah lagi rasa takutku. Apalah nasib aku ini.
Malang selalu.
Suasana diam semula bila nampak
Encik Hazrul muncul. Dari jauh lagi nampak wajahnya cukup ceria. Tidak seperti
semalam. Perasaanku tambah tidak sedap. Waktu dia lalu di hadapanku, dia senyum
dan kenyit mata kanan.
“Tolong buat air untuk saya,”
katanya dan atur langkah terus ke biliknya. Tiba-tiba saja aku jadi seram
sejuk. Mula teringat semua kebaikkan Encik Hazrul. Padanlah dia belanja aku
makan di restoren mahal. Carikan aku buah janggus, dan ajak aku keluar waktu
kerja. Memang dia mahu jadikan aku mangsa. Sampainya hati Encik Hazrul. Memang
semua lelaki jahat.
“Azian, cepat buat air untuk bos.
Karang mengamuk pulak. Tengok tadi macam angin dia okey saja,” arah Kak Huda.
Cepat aku bangun dan menuju pantri.
Lepas buat air aku bawa muk ke dalam bilik Encik Hazrul. Dia ekori aku dengan
pandangan mata yang agak berbeza dari aku masuk tadi. Memang takut bila dia
pandang begitu.
“Air encik…” kataku perlahan.
“Kenapa pucat aje ni?” soalnya.
Aku geleng. Takut nak cakap.
“Mesti ada yang tidak kena. Awak nak
saya paksa awak berterus terang atau awak nak cerita sendiri apa masalah awak?”
“Saya tak ada masalah,” jawabku
sedikit terketar. Waktu ini perkataan penjara sedang mengambil alih di ruang
kotak ingatanku. Bagaimana agaknya keadaan di dalam penjara.
“Azian Yuhanis, selama saya kenal
awak, awak tak pernah tunjuk muka macam ni. Saya tahu awak sedang takut.”
“Tak, saya tak takut apa-apa.”
“Awak duduk sekarang,” arah Encik
Hazrul. Tanpa berlengah aku duduk.
“Cerita kepada saya, apa yang tak
kena hari ni? Semalam sudah setuju ikut saya lari. Hari ni tak jadi pulak?”
Encik Hazrul gelak perlahan.
Serius, aku tak ingat langsung pasal
nak lari tu. Dalam kepala aku sekarang ini hanya fikir yang bukan-bukan sahaja.
“Azian, kenapa ni?” soal Encik Hazrul lagi.
Aku tidak boleh beritahu Encik
Hazrul tentang perbualan rakan-rakanku tadi. Itu maknanya aku tidak amanah dan
aku seperti mementingkan diri sendiri. Kalau benar Encik Hazrul mahu
mempergunakan aku, seharusnya aku selesaikan masalah ini tanpa melibatkan rakan
sekerja yang lain.
Aku geleng.
“Jangan nak belajar jadi penipu.
Saya tak suka orang yang bakal saya bawa lari bersama menipu saya.”
Orang yang bakal dia bawa lari
bersama menipu dia? Bermakna memang betullah Encik Hazrul sudah melibatkan aku
dalam hal ini.
“Encik boleh beritahu saya pasal
Bukit Cendana?”
“Oh, awak risaukan pasal Bukit
Cendana rupanya. Ada yang tidak kena ke dengan Bukit Cendana?”
“Saja nak tahu…”
Encik Hazrul bangun dan dia berdiri
di hadapan cermin. Pandangan dilemparkan bersama satu keluhan. “Bukit Cendana
tu adalah impian saya. Impian yang tak siapa pun akan faham. Tapi saya tak
minta pun orang lain akan faham cukup kalau hanya seorang saja yang faham.”
Encik Hazrul pandang aku. Bermakna dia minta untuk aku faham tentang impian dia
dengan mengorbankan aku?
“Encik…” Mata kami saling
bertentangan.
“Ya…”
“Projek Bukit Cendana tu projek
haram ke?”
Encik Hazrul senyum nipis. “Ini sah
awak ada dengar sesuatu dari pekerja lain. Betul tak?”
Aku tak angguk. Kalau aku angguk aku
mengesahkan kebenaran.
“Tak apalah, awak tak perlu risau.
Walau apapun yang berlaku kelak, saya akan berusaha untuk memenuhi satu-satunya
impian saya tu. Selama ini saya hanya ikut cakap orang. Kali ni saya mahu ikut
apa kata hati saya. Sejak saya kenal seseorang, barulah saya tahu, apapun tak
mustahil dalam dunia ni.”
“Jadinya saya tak perlu bimbang
apa-apa?”
“Tak perlu…”
Baru rasa lega sedikit. Mungkin
perkara inilah yang membuatkan air mata Encik Hazrul tumpah semalam. Mungkin
dia sudah bergaduh dengan seseorang. Bila melibatkan soal impian, aku tahu
perkara itu sangat bermakna buat Encik Hazrul. Jadinya, aku rasa rakan sekerja
lain sekadar membuat spekulasi tidak berasas.
Aku bangun. “Saya sambung buat
kerja,” ujarku perlahan.
“Tengah hari nanti kita makan
bersama. Kita gunakan projek Bukit Cendana sebagai alasan untuk awak ikut
saya,” kata Encik Hazrul selepas aku melangkah beberapa tapak.
“Hmm.” Aku angguk. Tiada pilihan
sebenarnya. Seperti sudah terikat. Ya, aku mudah kasihan dengan orang. Mudah
benar bersimpati. Mungkin itulah kebaikkan diriku namun dalam masa yang sama
juga keburukkan.
“Azian…” panggil Encik Hazrul lagi.
Aku pusing dan pandang muka Encik
Hazrul. “Terima kasih…” katanya.
“Terima kasih? Untuk apa?”
“Kerana hadir dalam hidup saya…”
“Saya akan tolong encik selagi
boleh.” Aku senyum. Mahu melegakan perasaan Encik Hazrul. Juga mahu melegakan
hatiku sendiri. Jangan fikir apa-apa Azian. Fikir yang baik-baik sahaja. Kalau
fikir yang baik, tentu jadinya juga akan baik nanti. Insya Allah.
19 comments:
As salam... kak saya bengang lak dgn si suffian tu... nape ler dia nk takut2kan azian... geram la...
opis mate azian ni semua menyakitkan hati kan..malang betul si azian..
ish...bengkak jer hati ni. nasibla encik hazrul aka nicholas saputra ada. :P (sori terlebih emo)
betul azian kena bersangka baik...saja je sufian tu nak menakutkan. en hazrul lagi tau apa yang terbaik sebab itu impiannya. takkan dia nak musnahkan impian bersama orang yang dia nak bawa lari...heheheh
Terima kasih hadir dalam hidup saya...cewahhh...lentok abis
apa lah rakan keje azian nie.. suka sgt wat spekulasi yg bkn2.. cian kt azian dh lah bendul..
Best2! :)
azian jgn dok dgr kata org tnya terus kat hazrul tu....
Nk lg .. Xpuas bca .. Hehehehe ..
X faham hint lg azian ni..
apelah azian ne blur sgt ialah si azian ne baru lg dlm kerja yg d ceburi ape pun cerita seterusnya lbh memihak pd mereka berdua
hehe..takut ya Azian jd kambing hitam..jangan risau Sbb En Hazrul kan sayang awak. Ada la tu dia ajak p Bukit Cendana..pasti impian dia besar tu
Kena gertak sikit ja terus Azian dah kelam-kabut...hehe
terima kasih sara....next n3 pls
Azian...azian
Adoii la.. nsb baik azian x trs buruk sgka.. :)) nk lg kak.. :))
ada sedeh sikit lak bab ni
mcm sayu plak
tp best
Tak puas.. Nk scene en hazrul marah2 syg kat aziyan hehe. Tapi tang bawak lari tu buat kite senyum sama gak ;)
Tak sabar tunggu episod seterusnya. Cepat la dibukukan!
Aduyai azian
Post a Comment